Follow me on Twitter RSS FEED

anak sapo nie...tiru pun cover2 lar..


Ni pulak kisah kat London, hal terbaca lagi tentang calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi!

Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar.

Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight".
Hal pun terfikir gak, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, jadi semakin malas pulak... Bila senang nak dapat maklumat, ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang d copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe..

Kalau ada terasa, jangan risau, hal adala terasa sikit bila tulis post ni, huhu...

0 :::komen::::

Post a Comment