Follow me on Twitter RSS FEED

Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan


KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya. - mj _

Credit to harakahDaily

Inilah yang kita mahukan sebagai sebuah Negara yang berstatus ISLAM. Konsert2 yang membawa kepada kejatuhan moral dan akhlak masyarakat dalam pelbagai aspek amat menyedihkan semua. Ayuh MAJU bersama ISLAM :::

Kebijaksanaan Saidina Ali K.W.

Kisah berlaku pada zaman Saidina Ali jadi khalifah (kalau tak silaplah… )

Ada seorang ayah mati, meninggalkan harta pusaka antaranya adalah 17 ekor unta untuk anak2nya. Tapi unta2 ni, si ayah wasiatkan supaya bahagi2kan ikut nisbah2 tertentu.
Anak sulung dapat 1/2 bahagian
Anak tengah dapat 1/3 bahagian
Anak bongsu dapat 1/9 bahagian

Ramai org berfikir adalah mustahil nak bahagi2kan unta2 itu ikut wasiat si ayah. Nak bahagikan utk anak sulung pun dah masalah. Ye lah 1/2 dari 17 ekor, dapatlah 8.5 ekor… takkan nak sembelih lepastu baru bahagi2kan …. Ade yang tak setuju plak….

Fikir punya fikir, masalah ni diajukan kepada Saidina Ali.
Nak tahu apa Saidina Ali buat? Sembelih kesemua 17 ekor unta tu untuk raya haji? Lepastu bahagi2kan daging korban? Hehehehe, bukanlah…. Saidina Ali tak buat macam tu….

Dah tu ape Saidina Ali buat? Inilah kebijaksaan Saidina Ali yg diwadahkan oleh Rasulullah, bahawa baginda adalah Gedung Ilmu, Saidina Ali adalah Pintu Gedung itu..

Mula2 Saidina Ali pinjam seekor unta lagi supaya genap jadi 18 ekor unta. Lepas tu dibahagi2kan lah.
Anak sulung dapat 1/2 dari 18 ekor, dapatlah 9 ekor
Anak tengah dapat 1/3 dari 18 ekor, dapatlah 6 ekor
Anak sulung dapat 1/9 dari 18 ekor, dapatlah 2 ekor

Jumlah semua 9+6+2 = 17, akhirnya unta yang seekor yang dipinjamkan itu, dipulang balik pada tuan yang asal.

Begitulah cerita kebijaksaan Saidina Ali dalam menyelesai masalah ummah, hatta melibatkan masalah ilmu hisab. Nabi pun mengiktiraf kebijaksaan Saidina Ali ni…

Salam Ma'al Hijrah ::: Selamat Tahun Baru

Posted in

Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

HATI ITU UMPAMA KACA, JANGAN BIAR IA RETAK....
AKAL ITU UMPAMA AIR, JANGAN BIAR IA KERING...
IMAN ITU UMPAMA DEBU, JANGAN BIAR IA HILANG..
PERSAHABATAN ITU PULA UMPAMA TALI, JANGAN BIARKAN IA PUTUS.

Sahabat:::

Posted in

Pelik2 jer..

Honda Lancarkan MPV 12 seats..tergugat proton


All new Honda MPV 2009. Just RM56,000.00.....Edisi Terhad

Pendapatan Sheikh Muszaphar???

Pendapatan angkasawan pertama negara, Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor, kini disiasat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan pendedahan daripada sebuah laman web yang mendakwa Sheikh Muszaphar menerima bayaran RM1.2 juta sejak setahun lepas.
Menurut sumber itu lagi, pendapatan lebih satu juta tersebut diperolehi dalam siri ucapan dan syarahan kepada 150 syarikat korporat dengan kadar bayaran RM8,000 sejam.
Dalam menjawab pendedahan tersebut, Sheikh Muszaphar mengaku menerima sumbangan daripada beberapa pihak tetapi menafikan bahawa nilai yang diterimanya mencecah hingga RM8,000 sejam. Beliau menambah bahawa beliau sudah memberikan penjelasan kepada kementerian, yang berpuas hati dengan hasil perbincangan antara kedua dua pihak.
Sheikh Muszaphar kini terikat dengan perjanjian dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sehingga penghujung tahun ini, di mana beliau diberi tanggungjawab untuk mengadakan ceramah dan ucapan kepada pelajar pelajar sekolah serta syarikat korporat serta berkongsi pengalaman beliau menjadi rakyat pertama dari Malaysia yang mencecah kaki ke angkasa lepas. Beliau menerima gaji RM5,000 sebulan.

::: erm..sape lagi nk jadi angkasawan??? kaya gak beb...